
|
Holla !
Talk Station ! Big Claps ! Template: Ana Min-Ji Basecode: Aina Syaza Header: mrsBaekYeol Others: ▲▲▲ |
Maksud Tasawuf
Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .
2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .
3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah: a) Banyak bersabar . b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa . 4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu : 1) Taubat . 2) Khauf ( Takut ) 3) Zuhud 4) Sabar. 5) Syukur. 6) Ikhlas. 7) Tawakkal. 8) Mahabbah ( Kasih Sayang ) 9) Redha. 10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati ) 5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu : 1) Banyak Makan 2) Banyak bercakap. 3) Marah. 4) Hasad. 5) Bakhil. 6) Cintakan kemegahan. 7) Cintakan dunia . 8) Bangga Diri. 9) Ujub ( Hairan Diri ). 10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).
p:s// Allah , sungguh aku hambaMu yang lalai dalam kehidupan yang penuh dengan maksiat ini . Allahu ..
|